Assalamualaikum.
Bilik darjah abad ke-21 adalah berpusatkan murid, tidak berpusatkan guru. Guru tidak lagi berfungsi sebagai pensyarah tetapi sebagai fasilitator pembelajaran. Murid-murid belajar dengan cara melakukan dan guru bertindak sebagai coach, membantu murid ketika mereka bekerja dengan projek mereka.
Di SKDWMS, Bilik Khas Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) diwujudkan sebagai pusat rujukan dan sumber bahan bantu mengajar bagi melaksanakan PAK21. Bilik ini dibekalkan dengan sebuah Smart Projektor, sebuah komputer serta sebuah pencetak dan pengimbas (printer dan scanner). Bilik ini juga dilengkapi dengan kemudahan internet dan pelbagai bahan bantu mengajar PAK21.
Selain itu, terdapat beberapa sudut khas yang disediakan dalam bilik ini. Antaranya Sudut Cakna Minda (Permainan Dalaman), Sudut Ilmiah (Perpustakaan Mini), Sudut Speech Corner, Sudut Interaktif dan Sudut Pameran.
Bilik PAK21 ini terletak di tingkat satu blok A SK Dato' Wan Mohamad Saman. Bilik ini beroperasi pada setiap hari persekolahan bermula dari jam 0800 hingga jam 1330. Semoga bilik ini memberi manfaat kepada semua guru dan murid di SK Dato' Wan Mohamad Saman.