Saturday, 4 December 2021

Pengenalan Bilik PAK 21 SK Dato' Wan Mohamad Saman

Assalamualaikum.

Bilik darjah abad ke-21 adalah berpusatkan murid, tidak berpusatkan guru. Guru tidak lagi berfungsi sebagai pensyarah tetapi sebagai fasilitator pembelajaran. Murid-murid belajar dengan cara melakukan dan guru bertindak sebagai coach, membantu murid ketika mereka bekerja dengan projek mereka.

Di SKDWMS, Bilik Khas Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) diwujudkan sebagai pusat rujukan dan sumber bahan bantu mengajar bagi melaksanakan PAK21. Bilik ini dibekalkan dengan sebuah Smart Projektor, sebuah komputer serta sebuah pencetak dan pengimbas (printer dan scanner). Bilik ini juga dilengkapi dengan kemudahan internet dan pelbagai bahan bantu mengajar PAK21. 

Selain itu, terdapat beberapa sudut khas yang disediakan dalam bilik ini. Antaranya Sudut Cakna Minda (Permainan Dalaman), Sudut Ilmiah (Perpustakaan Mini), Sudut Speech Corner, Sudut Interaktif dan Sudut Pameran.




Bilik PAK21 ini terletak di tingkat satu blok A SK Dato' Wan Mohamad Saman. Bilik ini beroperasi pada setiap hari persekolahan bermula dari jam 0800 hingga jam 1330. Semoga bilik ini memberi manfaat kepada semua guru dan murid di SK Dato' Wan Mohamad Saman.



Wednesday, 1 December 2021

Parking Lot dalam PAK21

Assalamualaikum.

Parking Lot?

Ini dia Parking Lot yang disediakan dalam Bilik PAK21 SKDWMS.


Tujuan asal parking lot adalah untuk murid bertanya soalan yang tidak sempat ditanya pada waktu cikgu mengajar. Mungkin tidak sempat bertanya sebab tiada masa atau murid memang jenis pemalu nak bertanya secara lisan.




Tapi, cikgu boleh luaskan kegunaan parking lot asalkan dapat membantu mencapai kemenjadian murid. Jadi cikgu boleh galakkan murid guna parking lot untuk tanya soalan, bagi idea, kongsi masalah atau apa-apa sahaja ekspresi murid. Parking lot ni juga salah satu cara untuk memotivasikan murid-murid - berasa lebih berani untuk bertanya, tidak memendam perasaan, tiada rasa rendah diri dan rasa ada hak untuk memberi maklum balas tentang cara cikgu mengajar.

Parking Lot juga adalah medium bagi murid-murid mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada cikgu-cikgunya..